Usianya 100 tahun

masjid kami masjid warisan

tudung

Marilah kita menutup aurat.

Jadual Kuliah

Hadir ke majlis ilmu ..... sebahagan taman-taman syurga.

Antara ustaz-ustaz yang pernah hadir di masjid kami

Semoga akan dan akan dan akan hadir lagi.

Bumi Anbiya

Yahudi! Ingatlah Khaibar! Kami akan mengulanginya!

Sunday, December 12, 2010

majlis sambutan ma'al hijrah 1432

Pihak masjid telah mengadakan majlis sambutan ma'al hijarah 1432. dengan jayanya. Dua orang tokoh iaitu Tuan Haji Hamdan B Mohd Noor dan Puan Rasitah Bt Kassim telah dianugerahkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1432 di atas sumbangan mereka. Satu ceramah khas Ma'al Hijrah telah disampaikan oleh Ust Wan Ahmad dari Tambun. Aturcara majlis bermula dengan qiamulail, kemudian gotong royong menyembelih seekor lembu dan memasak dari pagi. Disamping itu untuk kanak-kanak diadakan acara mewarna dan teka silang kata.
Pihak masjid ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada yang telah dianugerahkan tokoh ma'al hijrah.

majlis kesyukuran untuk murid-murid upsr

Pihak masjid telah menganugerahkan kepada 11 orang ahli keluarga jamaah masjid yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam upsr yang baru diumumkan. Mereka terdiri daripada murid dari 3 buah sekolah sekitar Gopeng. Majlis bermula dengan kuliah maghrib Ust Karim diikuti dengan doa kesyukuran dan jamuan. Semoga majlis ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang disamping memotivasikan anak jamaah.

Friday, November 26, 2010

iklan kuliah maghrib 4 dis 2010

Sunday, November 14, 2010

gambar gotong-royong 14 nov 2010

Photobucket Photobucket

Saturday, November 13, 2010

Puasa Sunat Arafah & Fadilat Arafah Di Mana-Mana

Kita perlu menghayati ‘roh haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.

Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘roh haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Bagaimana caranya?

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) . Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)


Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) . Ulama Syafie membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

Allah memberikan masing-masing waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeda-beda, diantaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang menyia-nyiakan kesempatan baik tersebut. Mereka mengira bahwa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeda. Bagi setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kesuksesan, keberuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajabah tersebut antara lain.

Doa Pada Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari abangnya bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". [Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598]

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik do'a adalah pada hari 'Arafah, dan sebaik-baik do'a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : 'Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu'. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Aisyah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada hari yang mana Allah membebaskan sebegitu banyak roh dari api neraka Jahanam daripada hari `Arafah. Pada hari itu Allah “menghampiri” dunia sebagai menunjukkan kebanggaanNya berfirman kepada malaikat-malaikat: “Apakah kehendak-kehendak hambaKu ini?” (HR. Muslim)

Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pafa saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". [Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17].

PENGISIAN WAKTU WUKUF Yg Mungkin Juga Kita Lakukan
( SEBAIK TERGELINCIR MATAHARI (LEPAS ZOHOR) HINGGA MAGHRIB 9 ZULHIJJAH )
  1. Hayati azan zohor dan tanda bermulanya waktu wukuf yang dinanti itu.
  2. Tunaikan pula solat fardhu zohor secara berjemaah.
  3. Terus bertalbiah dan berwirid dengan penuh syahdu dan sendu.
  4. Tunaikan solat sunat ba’diah zohor, membaca yasin, bertahlil dan berdoa.
  5. Raikan waktu wukuf tersebut dengan rasa penuh kesyukuran.dan keinsafan
  6. Tunaikan pula solat sunat dan fardhu Asar apabila masuk waktunya.
  7. Teruskan talbiah, wirid dan zikir tanpa rasa jemu dan bosan.
  8. Sempurnakan minum petang masing-masing dengan tenang .
  9. Tunaikan solat sunat-sunat dan fardhu Maghrib bila tiba waktunya.
  10. Teruskan amalan bertalbiah, berzikir, berwirid atau membaca Al-Quran.
  11. Sempurnakan makan malam masing-masing dengan tenang dan tertib.
  12. Tunaikan solat sunat dan fardhu Isyak apabila tiba waktunya.

Thursday, October 14, 2010

iklan kuliah subuh ust azman halim 6 nov

Sunday, October 10, 2010

channel masjid jamek lama gopeng di youtube

harap semua dapat melihat dan subscribe channel masjid ini di youtube. http://www.youtube.com/user/masjidgopeng

Tuesday, October 5, 2010

iklan majlis ilmu ust zakaria ahmad

Tuesday, September 28, 2010

iklan kuliah subuh

Sunday, September 26, 2010

majlis sambutan hari raya masjid

pendaftaran sesi pagi srar almutaqin



Tuesday, September 21, 2010

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR,
ALLAHU AKBAR, LA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILAHIL HAMD.

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
Hari Raya merupakan hari kemenangan. Kita meraikan kemenangan mengalahkan hawa nafsu dan kemenangan berjaya melaksanakan perintah Allah s.w.t. sepanjang ramadhan.
Justeru, kita disunatkan untuk memperbanyakkan takbir pada hari raya. Takbir membesarkan Allah s.w.t. tanda keyakinan kita bahawa setiap kemenangan dan anugerah kenikmatan hadir dengan keizinan Allah s.w.t. Takbir ini juga menjadi dasar atau tema perayaan dalam Islam. Umat Islam disuruh bergembira di hari raya bukannya bersedih dan kegembiraan itu seharusnya mencontohi kegembiraan umat Islam dalam perang Ahzab. Segenap pelusuk bergembira sambil bertakbir membesarkan Allah s.w.t. Perang Ahzab yang berlaku pada tahun 5 hijrah apabila 3,000 tentera Islam berkubu di Madinah menghadapi 10,000 tentera Quraisy yang dibantu oleh Yahudi Madinah yang khianat.
Setelah sebulan Quraisy mengepung Madinah, akhirnya mereka keletihan, kelaparan dan curiga mencuragai. Tentera Quraisy tidak boleh menyerang Madinah kerana terdapat parit yang dibina mengelilingi Madinah. Dan akhirnya Allah s.w.t. menurunkan ribut pasir untuk mengucar-ngacirkan kedudukan tentera Quraisy.
Banyak pengajaran yang boleh diraih dari episod ini. Antaranya tentang peri pentingnya merancang dan menyusun strategi dalam mengerakkan perjuangan Islam. Kita sering diingatkan bahawa kebenaran yang tidak terancang boleh ditewaskan oleh kebatilan yang terancang.
Kesabaran, tabah, yakin serta bertawakal kepada Allah s.w.t. akhirnya akan membawa kepada pertolongan Allah s.w.t. seterusnya mencapai kejayaan seperti mana kejayaan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mempertahankan Madinah dalam perang Ahzab.
Umat Islam juga perlu tahan ujian. Hidup insan adalah ujian dan manusia yang mampu diuji akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. pahatilah ikrar kita dengan Allah s.w.t. pada setiap kali takbir yang kita ucapkan. Percayalah sesiapa yang menolong agama Allah s.w.t. nescaya Allah s.w.t. akan menolongnya. Sesiapa yang bertaqwa maka sesungguhnya Allah s.w.t. akan memberikan kepadanya jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Saya juga melalui ruangan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan untuk projek pembaikan dan pembangunan masjid ini. Semoga Allah s.w.t. membalasnya dengan balasan yang berganda –ganda lebih baik sama ada di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin. Namun begitu sumbangan kita semua masih diperlukan untuk menyempurnakan keseluruhan projek fasa 1 seperti yang telah dirancangkan.
Akhirul kalam, selamat menyambut aidil fitri, minal aidin wal faizain. Kullu ‘am wa antum khair.
Wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.

Wednesday, September 15, 2010

Riz Khan - Islamophobia in the US

islamophobia di usa - dari aljazeera

menarik untuk difikir-fikirkan

Tuesday, September 7, 2010

INSYA ALLAH BOLEH TONTON VIDEO UST NORAZLI MUSA MALAM INI

Video Ust Norazli b Musa. Bahagian lain insya allah pada masa terdekat. Doakan kemudahan dalam usaha tersebut.
bahagian 1 http://www.youtube.com/watch?v=d6vYW3LK9QY
bahagian 2 http://www.youtube.com/watch?v=f9MMx2Ew7N0
bahagian 3 http://www.youtube.com/watch?v=K_7gjZHlyxI
bahagian 4 http://www.youtube.com/watch?v=d9g_0hLKhcs


Thursday, September 2, 2010

VIDEO TAZKIRAH UST HARIS FADILAH

Sunday, August 29, 2010

tonton video bubur lambuk

Saturday, August 28, 2010

SEDIA MENANTI BUBUR LAMBUK

Hari ini Masjid Jamek Gopeng memberikan bubur lambuk percuma kepada semua umat islam di kawasan Gopeng, berempat di Pasar Ramadhan Gopeng. Walupun bubur tersebut masih belum sampai untuk di agihkan, tetapi masih ada yang sedia menanti hingga terlena.(Sila kilk gambar untuk dibesarkan)

Sunday, August 22, 2010

jadual tazkirah

maaf le teman scan aje .....

Friday, August 13, 2010

tshirt korban telah dibuka utk pesanan


belakangnya.....
depannya................



bolehlah order seka ..............rang.

artikel bharian

ada sentuh tentang masjid lama gopeng.

Monday, August 9, 2010

banting terbaru


semoga mesejnya sampai dan dibuka allah hati kita untuk turut serta mencari lailatul qadar.

Tuesday, July 27, 2010

senarai more dah penuh

memang berbondong-bondong orang muslim mengejar pahala pada bulan ramadhan. seperti setiap tahun senarai more masjid kita telah penuh. semoga mendapat ganjaran yang lebih lagi daripada Allah swt di akhirat kelak.

telah dimasukkan senarai more dalam google calendar.




ini adalah broser yang akan diedarkan pada bulan ramadhan tidak lama lagi. masih banyak sumbangan yang diperlukan bagi menyempurnakan projek pembangunan masjid ini. semoga tuan /puan membantu kami dalam menjayakan pembangunan yang dirancang.

insyaallah ramadhan kali ini akan ada perbezaannya yang tersendiri. pihak ajk akan mengadakan majlis penyampaian bubur lambuk percuma di pasar ramadhan. setakat ini ajk bersetuju untuk mengedarkan sebanyak 500 bungkus untuk pengunjung pasar ramadhan pada 28 ogos 2010.
sumbangan masih diperlukan bagi menjayakan program ini. kepada yang berminat boleh menghubungi pihak masjid melalui blog ini.
"datang kilen yo" adalah dialek rawa, dialek yang banyak dipertuturkan di gopeng. maksudnya secara literalnya lebih kurang "datang kamu semua ya"....

Saturday, July 10, 2010


insyaallah ceramah YB khalid samad akan diadakan di masjid lama gopeng seperti diiklankan diatas. harapan agar ramai yang akan hadir dan maklumat ini dihebahkan kepada seramai mungkin.

maaf lambat diberitakan ceramah ini kerana sedikit kesibukan dunia. alhamdulillah walaupun persetujuan pihak penceramah lambat diterima (kurang 36 jam) tapi jumlah kehadiran jamaah
amat membanggakan. dengan 2 skrin besar penyampaian malam itu oleh penceramah berjaya menyentuh setiap hati yang hadir.

Tuesday, June 8, 2010

Lagi Tentang Pelan 1926

Masih lagi berkaitan dengan pelan tahun 1926. Ini pelan keratan yang terdapat dalam pelan tersebut dengan detail bahan yang digunakan sekali. Sejarah dahulu mengagumkan kita sekarang. Cuma bagaimana pula anak cucu kita melihat kita sekarang pada satu masa akan datang?
Gambar kali ini tak jelas kerana belum sempat diedit.

Monday, June 7, 2010

Pelan Masjid Tahun 1926

Di atas adalah gambar pelan masjid pada tahun 1926. Pelan ini masih ada pada simpanan JK Masjid. Selain daripada pelan asal terdapat juga gambar keluarga individu utama pembinaan masjid. JKuasa masjid juga ingin mendapatkan bahan-bahan bersejarah lain sekiranya ada di antara pembaca blog yang memiliki atau mengetahui maklumat tentang bahan-bahan bersejarah berkaitan masjid ini. Jkuasa bercadang untuk mengumpul dan membuat pameran tentang sejarah masjid ini.

Saturday, May 29, 2010

Ceramah Ustaz Fauzi Husin Dari Kedah

Alhamdulillah, satu ceramah yang menarik. Kehadiran juga membanggakan walaupun persediaan hanya 24 jam. Antara kata-kata beliau,

"Ust Ibrahim Libya pernah menasihati anak muridnya, kalau berceramah ingat 3 muka, satu muka yang tengok muka guru, satu lagi muka yang tengok muka jam dan satu lagi muka yang tengok muka pintu."

Semoga kita adalah tergolong dalam golongan yang tengok muka guru.

Friday, May 28, 2010

Mohon Sumbangan



Projek Baru


Sesiapa yang berminat dan sudi untuk membelikan baju untuk anak yatim di darul hikmah. kalau sudi daftar di url di bawah dan bank in kat RHB 1581 1410 0000 24

http://creator.zoho.com/mambostarmy/saja/#