Usianya 100 tahun

masjid kami masjid warisan

tudung

Marilah kita menutup aurat.

Jadual Kuliah

Hadir ke majlis ilmu ..... sebahagan taman-taman syurga.

Antara ustaz-ustaz yang pernah hadir di masjid kami

Semoga akan dan akan dan akan hadir lagi.

Bumi Anbiya

Yahudi! Ingatlah Khaibar! Kami akan mengulanginya!

Tuesday, March 22, 2011

ceramah ust nasir zakaria 27 mac 2011

Air mata Bob Lokman mengalir apabila mengingati kisah silamnya






"Setiap kali filem saya dimainkan, saya akan berdoa supaya dosa saya diampunkan.. Moga Allah ampunkan". Itulah antara kata-kata Bob Lokman yang membuatkan beliau mengalirkan air mata ketika beliau menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Jamek Lama Gopeng malam semalam. Masjid tersebut dipenuhi oleh jemaah dan rakyat yang mahu mendengar ceramah beliau.

"Saya tinggalkan kerja-kerja dunia, melawak, hiburan, dan serahkan diri kepada Allah. Jiwa dan raga saya untuk Allah, katanya lagi", katanya lagi. Katanya disambut dengan laungan Takbir. Ketika itu, air matanya tidak henti- henti mengalir..

Jadual beliau sangat sibuk. sudah 3 minggu, dari pagi sampai malam beliau dijemput untuk berceramah. selepas zakriah tersebut, beliau bergegas ke Sungai buluh untuk program disana.

Moga Allah memberkati perjuangannya.. Allahuakhbar


















Monday, March 14, 2011

MAJLIS ILMU BERSAMA DATO' DR HARUN DIN DI MASJID LAMA GOPENG


Sabda Rasullullah s.a.w
"Sesungguhnya para Malaikat akan melindungi penuntut ilmu dengan sayap-sayapnya kerana ridha dengan apa yang dibuatnya"

Dalam Al-Qur'an banyak sekali dalil yang tentang keutamaan menuntut ilmu ini menunjukkan bahwa menuntut ilmu merupakan kewajiban bagi umat manusia sejak lahir sampai mati

"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa darjat"(QS.Al-Mujadallah : 11)

dari ayat diatas jelaslah bahwasannya orang yang memeliki ilmu darjatnya lebih tinggi dibandingkan dengan orang-orang yang tidak berilmu, kita sebagai kaum muslimin juga tahu bahwasanya manusia diangkat sebagai khalifah dimuka bumi.

Sementara itu dalam surat lain Allah berfirman "Katakanlah :"samakah orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu" (QS, Az-Zumar : 9), jelas menyuruh manusia itu untuk berfikir apakah kira-kira manusia yang berilmu dengan manusia yang tidak berilmu itu sama

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2300.
Dari Ahu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Aku sentiasa menurut sangka hamba-Ku kepadaKu, dan Aku sentiasa bersamanya ketika dia menyebut namaKu. Jika dia menyebut namaKu dalam hatinya, maka Aku menyebutnya pula dalam hatiKu. Dan jika dia menyebut Ku dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalam majlis ramai yang lebih baik. Jika dia mendekati Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Dan jika dia mendekati-u sehasta. Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan kaki, Aku mendatanginya dengan berlari."

Pengerusi Masjid menyampaikan kata-kata aluan kepada para Jemaah yang hadir

Ybhg Tuan Guru Dato Dr Harun Din menyampaikan kuliah beliau







InsyaAllah petikan ceramah beliau akan di upload dengan video setelah siap di proses.

Sekadar Renungan


Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu,

Manjadda wajada

Saturday, March 5, 2011

ceramah dato' dr harun din 13 mac 2011