Usianya 100 tahun

masjid kami masjid warisan

tudung

Marilah kita menutup aurat.

Jadual Kuliah

Hadir ke majlis ilmu ..... sebahagan taman-taman syurga.

Antara ustaz-ustaz yang pernah hadir di masjid kami

Semoga akan dan akan dan akan hadir lagi.

Bumi Anbiya

Yahudi! Ingatlah Khaibar! Kami akan mengulanginya!

Wednesday, December 14, 2011

jadual kuliah dis 2011

Thursday, November 24, 2011

ceramah dr zahazan mohamed di masjid jamek lama gopeng


Wakaf Dana Fasa 2


Sejak tahun 1998 berikutan dengan pembinaan masjid baru, Masjid Jamek Lama Gopeng telah terbiar tanpa dilakukan sebarang pembaikan atau penyelenggaraan. Masalah besar yang dialami ketika itu ialah banjir dan atap bocor setiap kali hujan lebat.

FASA 1

Akhirnya, pada Feb 2010 Jawatankuasa Masjid bersetuju untuk memulakan usaha kutipan dana bagi pembaikan dan pembangunan Fasa 1 yang bermula daripada Feb 2010 sehingga Mac 2011. Jawatankuasa mensasarkan kutipan RM 100 ribu perlu dikutip bagi menjayakan kebanyakannya usaha-usaha pembaikan dan selebihnya usaha pembangunan.

Alhamdulillah, dalam Fasa 1 kutipan yang berjaya diperolehi sebanyak RM110 ribu. Maka pada Julai 2010 bermulalah kerja-kerja pembaikan. Antara kerja-kerja yang telah dilakukan ialah pembinaan laluan berbumbung muslimat, pembinaan anjung kiri dan anjung kanan masjid, menambak semula kawasan sekeliling masjid, pembinaan stor dan tandas muslimat (berhampiran tapak surau lama), menyukat serta membina semula pagar kawasan masjid dan membaiki sistem kubahan najis serta sistem saliran.

FASA 2

Bersempena kehadiran Dato’ Dr Haron Din pada 13 Mac 2011 pihak Jawatankuasa telah mengambil daya usaha melancarkan kutipan dana Fasa 2 yang tujuan utamanya untuk pembaikan dan pembinaan bangunan 2 tingkat yang akan dinamakan sebagai Bangunan Tarbiah Dan Tadbir. Usaha ini dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM400 ribu.

InsyaAllah dengan terbinanya nanti bangunan ini akan tersempurnalah harapan ahli jamaah dan kariah masjid. Dengan itu juga aktiviti seperti usrah, kuliah muslimat, tuisyen, urusan pentadbiran, mesyuarat, kursus, seminar dan pelbagai lagi aktiviti akan dapat dijalankan dengan lebih selesa.

Tuesday, November 15, 2011

jadual kuliah nov 2011

Wednesday, November 2, 2011

ceramah khas

Wednesday, October 5, 2011

jadual kuliah oktober 2011

Wednesday, September 21, 2011

iklan ceramah ust nasaruddin hassan tantawi



ceramah tuan guru tajuddin jali

ceramah ust zamri mantop

Wednesday, September 7, 2011

iklan ceramah ust riduan mohd noor

Tuesday, August 30, 2011

Ucapan Aidil Fitri Yg Sesuai Sunnah Rasulullah

Seringkali kita nerima SMS ucapan Aidil Fitri dengan untaian kata mutiara yang begitu mempesona. Bahkan terkesan menjadi kata-kata yang wajib diucapkan baik oleh perorangan atau instansi “Selamat Hari Raya Aidil Fitri – Mohon Maaf Lahir & Batin”, dan ternyata ucapan tersebut jauh dari apa yang diajarkan Rasulullah buat kita khususnya umat Islam.

Hampir semua ucapan Aidil Fitri yang beredar saat ini tidak ada riwayatnya. Dalam sebuah hadits diterangkan bahwa Ibnu Qudamah dalam Kitab yang berjudul “Al-Mughni” menyebutkan bahwa Muhammad bin Ziyad berkata : “Aku pernah bersama Abu Umamah Al Bahili dan beberapa orang dari kalangan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka bila kembali dari solat Aidil Fitri saling mengucapkan : Taqabbalallahu minnaa wa minka (Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda)” Maksudnya menerima di sini adalah menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan.

Beberapa shahabat menambahkan ucapan shiyamana wa shiyamakum, yang bererti puasaku dan puasa kalian. Jadi ucapan ini bukan dari Rasulullah, melainkan dari para sahabat.

Kemudian, untuk ucapan minal ‘aidin wal faizin itu sendiri adalah salah satu ungkapan yang seringkali diucapkan pada hari raya fitri. Sama sekali tidak bersumber dari sunnah nabi, melainkan merupakan ‘urf (kebiasaan) yang ada di suatu masyarakat.

Demikian juga kata-kata “Mohon Maaf Lahir & Batin”, hanya kebiasaan saja dan tidak bersumber dari Rasul. Malah kalau kita mengikuti sunnah Rasul, harusnya kata-kata “Maaf” diucapkan sebelum masuk bulan Ramadhan bukan sebaliknya. Sayangnya kebiasaan ini sudah menjadi budaya. Selanjutnya tugas kita untuk kembali sesuai Sunnah Rasul

Ringkasan :
  • Ucapan Rasulullah ketika Idul Fitri : Taqabalallahu minna wa minka
  • Ucapan Mohon Maaf Lahir Batin harusnya diucapkan sebelum Ramadhan, bukan sesudah Ramadhan.

Maka adakah berdosakah jika kita mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidil Fitri – Mohon Maaf Lahir & Batin” ? Tentu tidak, kerana ucapan ini juga baik tetapi kurang tepat.


DISARANKAN

Selain ucapan yang sering kita ucapkan ketika Aidil Fitri adalah lebih baik kita dahului dengan “Taqabalallhu minnna wa minkum”

Monday, August 8, 2011

Wakaf Dana Fasa 2


Sejak tahun 1998 berikutan dengan pembinaan masjid baru, Masjid Jamek Lama Gopeng telah terbiar tanpa dilakukan sebarang pembaikan atau penyelenggaraan. Masalah besar yang dialami ketika itu ialah banjir dan atap bocor setiap kali hujan lebat.

FASA 1

Akhirnya, pada Feb 2010 Jawatankuasa Masjid bersetuju untuk memulakan usaha kutipan dana bagi pembaikan dan pembangunan Fasa 1 yang bermula daripada Feb 2010 sehingga Mac 2011. Jawatankuasa mensasarkan kutipan RM 100 ribu perlu dikutip bagi menjayakan kebanyakannya usaha-usaha pembaikan dan selebihnya usaha pembangunan.

Alhamdulillah, dalam Fasa 1 kutipan yang berjaya diperolehi sebanyak RM110 ribu. Maka pada Julai 2010 bermulalah kerja-kerja pembaikan. Antara kerja-kerja yang telah dilakukan ialah pembinaan laluan berbumbung muslimat, pembinaan anjung kiri dan anjung kanan masjid, menambak semula kawasan sekeliling masjid, pembinaan stor dan tandas muslimat (tapak surau lama), menyukat serta membina semula pagar kawasan masjid dan membaiki sistem kubahan najis serta sistem saliran.

FASA 2

Bersempena kehadiran Dato’ Dr Haron Din pada 13 Mac 2011 pihak Jawatankuasa telah mengambil daya usaha melancarkan kutipan dana Fasa 2 yang tujuan utamanya untuk pembaikan dan pembinaan bangunan 2 tingkat yang akan dinamakan sebagai Bangunan Tarbiah Dan Tadbir. Usaha ini dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM400 ribu.

InsyaAllah dengan terbinanya nanti bangunan ini akan tersempurnalah harapan ahli jamaah dan kariah masjid. Dengan itu juga aktiviti seperti usrah, kuliah muslimat, tuisyen, urusan pentadbiran, mesyuarat, kursus, seminar dan pelbagai lagi aktiviti akan dapat dijalankan dengan lebih selesa.

Sejarah Ringkas Masjid


Masjid ini bermula dengan bangunan kayu 2 tingkat lebih dari 100 tahun dulu dan ada catatan di Museum Gopeng mencatatkan dibina pada tahun 1890. Bangunan kayu ini telah dirobohkan pada hujung 2009.
Pada tahun 1927 telah didirikan bangunan utama masjid yang ada sekarang. Dari segi fizikalnya, masjid ini tidak memiliki kubah tetapi bumbungnya didirikan sebanyak 3 lapis dan menirus di puncak sebagaimana seni bina Melayu lama. Masjid ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Iskandar Shah. Sejak tahun 1927 sehinggalah sekarang, masjid ini terus berfungsi sebagai sebuah institusi keagamaan dan kemasyarakatan. Apabila terbinanya masjid baru maka masjid ini tidak lagi mendirikan solat jumaat iaitu sekitar tahun 2000.
Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan seperti menjadikan kawasan kolah asal masjid sebagai kawasan solat dan membina kolah yang baru. Pengubahsuaian lain yang dilakukan ialah pembinaan rumah siak.
Masjid ini pernah melalui titik hitam apabila ditutup hampir setahun oleh pihak tertentu. Beberapa individu mengambil inisiatif merujukkan perkara ini kepada pejabat mufti. Akhirnya, masjid ini dapat dibuka semula sehingga sekarang.
Antara waris yang masih berhubung rapat dengan pihak masjid sekarang ialah Puan Noorlia Bt Abdul Majid yang kini menetap di Kuala Lumpur.
Penyumbang utama pembinaan masjid ini ialah Allahyarham Malim Sabar. Allahyarham dan keluarga telah mewakafkan tanah dan sejumlah besar wang untuk pembinaan masjid ini.
Kemudian usaha murni ini telah diteruskan oleh anak allahyarham iaitu Abdul Majid bin Malim Sabar bersama beberapa orang rakan yang lain.. 
(Allahyarham Abdul Majid bin Malim Sabar diambil pada 1951 - meninggal dunia pada 26 Ogos 1956 ketika berusia 68 tahun)
Allahyarham Abdul Majid tinggal bersebelahan dengan masjid dan setelah allahyarham meninggal dunia, rumah tersebut telah didiami oleh anak perempuan allahyarham iaitu Zaleha bt Abdul Majid. Zaleha adalah waris terakhir yang tinggal di rumah tersebut. Setelah beliau meninggal dunia rumah tersebut tidak lagi didiami. Pada tahun 2009 rumah ini telah dirobohkan berikutan kerja-kerja pengubahsuaian masjid yang dilakukan.
(Gambar di atas adalah sebahagian pelan pembangunan asal bertarikh 29 Sept 1926 yang masih ada dalam simpanan jawatankuasa masjid)

Sunday, July 31, 2011

jadual ihya ramadhan 1432


Tuesday, July 26, 2011

iklan ramadhan 1432

Monday, July 4, 2011

jadual majlis ilmu julai 2011

Tuesday, June 28, 2011

forum ustaz kembar

Monday, June 27, 2011

Karnival 100 Tahun Masjid Jamek Lama Gopeng


Pertandingan Gusti Tangan..menguji kekuatan
untuk memegang pedang jihad terhadap Yahudi

berikut adalah berita karnival dari sebuah blog http://landskapsiasah.blogspot.com/2011/06/sambutan-100-tahun-masjid-jamek-lama.html

Sambutan 100 tahun Masjid Jamek Lama Gopeng...berjaya diimarahkan..

Kelmarin, 26 Jun 2011(Ahad), saya dan isteri menghadiri sambutan 100 tahun Masjid Jamek Lama Gopeng yang terletak di tengah pekan lama Gopeng. Jarak masjid dekat sahaja dengan rumah warisan Cina Gopeng dan Muzium Gopeng.

Saya dan isteri mengedar risalah 'Jom Imarahkan Masjid Jamek Lama Gopeng' yang kami susun isinya atas permintaan Saudara Abu Bakar (Pemuda Masjid Jamek Gopeng). Memang buat risalah dan edar risalah telah menjadi darah daging saya, ia tidak menjadi masalah.

Bahagian pameran turut disertai pihak Hospital Slim River, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan beberapa agensi termasuk Jabatan Mufti. Yang menariknya, Jabatan Mufti mengedar beberapa bahan bacaan secara percuma.

Pelbagai pertandingan dan permainan disediakan. Aktiviti dan pameran yang diadakan turut menarik perhatian pengunjung termasuk golongan Cina Gopeng sendiri! Pemandangan yang sukar di dapati di kawasan lain.

Masjid menjadi terbuka dan mesra apabila setiap permainan dan acara seperti urutan tradisional dan kuiz explorace diadakan di dalam dan di persekitaran masjid.

Saya dan isteri menyertai pertandingan Explorace dan kami menjadi johan pertandingan!

Menariknya bukan pada hadiah, tetapi isi pertandingan. Bayangkan anda akan melihat golongan remaja, anak muda dan kanak-kanak berkejaran, berpusu-pusu masuk ke masjid untuk mengira batang tiang hijau dalam masjid, menyalin senarai nama penceramah kuliah bulanan, berusaha mengira bilangan kipas serta mengenali Imam, Siak dan Bilal kerana ingin memenuhi kehendak soalan kuiz. Masjid menjadi mesra kepada anak muda dan remaja.

Acara yang berlangsung bertambah meriah dengan pertandingan Paintball yang dikenakan bayaran RM 3 sahaja. Bagi saya, permainan kontemporari sebegini jika dieratkan dengan masjid cukup dijiwai oleh para anak muda.

Ramai juga anak muda dan pelawat yang menderma darah. Isteri saya juga turut menderma darah buat kali pertama dalam hidupnya.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., masjid pernah dijadikan medan untuk pelbagai acara rakyat dan komunikasi kebudayaan. Kini di Gopeng, saya juga berpeluang menyaksikannya. Tujuan permainan hanya satu...memecah blok dan jarak antara anak muda dan remaja dengan masjid. Walaupun mungkin beberapa minit sahaja berkejaran dalam masjid, tapak masjid telah berjaya menjadi kawasan mereka melakukan aktiviti dan pasti ia akan menggamit hati mereka dengan izinNya.

Beberapa remaja kelihatan bangga apabila mereka diminta membantu ramai peserta kuiz yang perlu menyenaraikan nama remaja yang mewakili masjid dalam perlawanan bola sepak. Penghargaan masjid kepada remaja ini amat tinggi.

Remaja ini bukan sekadar diikat dan dibangunkan atas nama belia, hiburan atau atas tujuan biasa yang mensia-siakan umur mereka, sebaliknya remaja ini akan diasuh dan dijadikan sahabat masjid yang setia dan berjasa untuk agama. Bakat mereka dalam bidang tahlil, azan dan sebagainya akan digilap untuk masa depan ummah bukan seperti sesetengah masjid yang tidak pernah mengizinkan remaja melaungkan azan atau berperanan dalam masjid atas sikap ego dan pesimis terhadap remaja.

Sambutan 100 tahun ini dirasmikan oleh YB Dr Lee Boon Chai AP Gopeng, ADUN Teja dan Ustaz Radzi Zainon (Timbalan YDP PAS Gopeng) dengan mepeaskan belon hijau putih beserta banting ke udara.....

Tahniah ahli jawatankuasa Masjid Jamek Lama Gopeng....saya begitu gembira sehingga membeli sehelai T Shirt berlogo Masjid Jamek Lama Gopeng untuk kenangan keluarga kami.....


Muhammad Nuruddin Bashah dan Isteri



Monday, June 13, 2011

karnival sempena 100 tahun

Wednesday, June 1, 2011

jadual kuliah jun 2011


Tuesday, May 31, 2011

ceramah dr badrulamin pt 1

ceramah 100 tahun selamat dilangsungkan

Tuesday, May 10, 2011

poster terkini sambutan 100 tahun

Friday, May 6, 2011

tshirt 100 tahun sedia utk ditempah

tempahan boleh dibuat melalui borang tempahan yang dilekatkan di masjid. tempah hanya dibuka sehingga selasa 10 mei. cepat sebelum terlambat.

Thursday, May 5, 2011

jadual kuliah mei 2011

ceramah 100 tahun




Wednesday, April 20, 2011

sudais di malaysia


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Imam terkenal dari Masjidil Haram, Mekah telah berada di Malaysia. Berbagai program di atur untuk
beliau.. Jumaat ini beliau insyallah akan memberi kuliah, memberi kutbah dan imam Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Bagi kaum wanita yang ingin mengikuti kuliah ini dipersilakan ke tingkat 3.

Beliau akan berada insyallah di Penang, Petaling Jaya, UIA, Hotel Royal Chulan Kuala lumpur
Sila klik blog Kembara Kehidupan untuk maklumat lanjut.


  • 19/4/2011 (Selasa):
    • Program: Tadzkirah Maghrib
    • Tempat: Masjid UIAM
    • Masa: Selepas Maghrib
  • 20/4/2011 (Rabu):
    • Program: The Future of Islamic Civilisation (al-Hadarah al-Islamiyyah) in the 21st Century
    • Tempat: IAIS Malaysia, Petaling Jaya. (Maklumat lanjut)
    • Masa: 10 pagi – 12 tengahari
  • 22/4/2011 (Jumaat):
    • Program: Tadzkirah, Khutbah & Imami Solat Jumaat
    • Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL
    • Masa: 11 pagi – 2 petang.
  • 23/4/2011 (Sabtu):
    • Program: Ceramah Perdana
    • Tempat: Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay (dekat Bukit Bintang dan Hotel Istana).
    • Masa: 8.30 malam
    • Untuk pertanyaan dan sebagainya hubungi Tuan Haji Sidek 012-4940992 . (SUMBER)


Sila check di sini
http://ainhany.blogspot.com/

Saturday, April 16, 2011

mohon sumbangan

Thursday, April 14, 2011

jadual kuliah april 2011

kuliah motivasi ir ahmad jais alias



Thursday, April 7, 2011

Video Bob Lokman Mengalir Air Mata Di Gopeng

Monday, April 4, 2011

poster sambutan 100 tahun

Tuesday, March 22, 2011

ceramah ust nasir zakaria 27 mac 2011

Air mata Bob Lokman mengalir apabila mengingati kisah silamnya






"Setiap kali filem saya dimainkan, saya akan berdoa supaya dosa saya diampunkan.. Moga Allah ampunkan". Itulah antara kata-kata Bob Lokman yang membuatkan beliau mengalirkan air mata ketika beliau menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Jamek Lama Gopeng malam semalam. Masjid tersebut dipenuhi oleh jemaah dan rakyat yang mahu mendengar ceramah beliau.

"Saya tinggalkan kerja-kerja dunia, melawak, hiburan, dan serahkan diri kepada Allah. Jiwa dan raga saya untuk Allah, katanya lagi", katanya lagi. Katanya disambut dengan laungan Takbir. Ketika itu, air matanya tidak henti- henti mengalir..

Jadual beliau sangat sibuk. sudah 3 minggu, dari pagi sampai malam beliau dijemput untuk berceramah. selepas zakriah tersebut, beliau bergegas ke Sungai buluh untuk program disana.

Moga Allah memberkati perjuangannya.. Allahuakhbar